1
00:02:11,800 --> 00:02:15,160
"Ashes of Love"

2
00:02:15,240 --> 00:02:17,880
"Episod 58"

3
00:02:28,200 --> 00:02:29,920
Jagalah diri awak.

4
00:02:33,040 --> 00:02:35,480
Selamat jalan, Tuanku.

5
00:02:50,360 --> 00:02:52,360
Raja Setan bersetuju lepaskan awak...

6
00:02:52,960 --> 00:02:54,320
tapi bukan saya.

7
00:02:54,880 --> 00:02:58,080
Saya mesti balas dendam untuk Mu Ci.

8
00:03:04,480 --> 00:03:06,760
Mari, bunuhlah saya!

9
00:03:07,320 --> 00:03:09,880
Saya puteri di Alam Syurga
dan ketua puak burung.

10
00:03:10,040 --> 00:03:11,600
Saya tak patut dihina begini!

11
00:03:12,000 --> 00:03:13,160
Sudahlah.

12
00:03:14,120 --> 00:03:15,920
Dia tak berdaya lagi.

13
00:03:16,760 --> 00:03:19,840
Hidup lebih sengsara daripada mati.

14
00:03:20,640 --> 00:03:21,720
Biarkan dia pergi.

15
00:03:25,000 --> 00:03:26,160
Betul.

16
00:03:26,400 --> 00:03:28,080
Kalau bunuh dia,

17
00:03:28,920 --> 00:03:30,240
memang terlalu mudah baginya.

18
00:03:30,960 --> 00:03:34,680
Awak harus dihukum setiap hari.

19
00:03:35,760 --> 00:03:36,760
Pengawal.

20
00:03:37,920 --> 00:03:39,040
-Puteri.
-Puteri.

21
00:03:39,520 --> 00:03:41,400
Halau dia ke tanah gersang.

22
00:03:41,560 --> 00:03:43,400
Dia dilarang keluar dari Alam Setan.

23
00:03:43,560 --> 00:03:44,560
-Baik.
-Baik.

24
00:03:54,040 --> 00:03:56,800
Kamu semua
akan terima balasannya nanti!

25
00:05:21,680 --> 00:05:23,560
Cantik gaun pengantin ini.

26
00:05:24,120 --> 00:05:26,000
Kalau pakai terlalu lama,

27
00:05:27,120 --> 00:05:28,680
tak sanggup saya tanggalkan nanti.

28
00:05:48,400 --> 00:05:50,240
Awak buta warna.

29
00:05:50,840 --> 00:05:52,440
Bagaimana awak tahu ia cantik?

30
00:05:53,120 --> 00:05:55,080
Kalau saya tahu apa warnanya pun,

31
00:05:56,800 --> 00:05:58,480
ia tetap bukan milik saya.

32
00:06:00,720 --> 00:06:04,920
Susahkah untuk awak
berkahwin dengan saya?

33
00:06:06,400 --> 00:06:08,400
Awak tak sanggup pakainya
walau sekejap pun.

34
00:06:09,200 --> 00:06:11,000
Itu cuma perkahwinan palsu.

35
00:06:11,760 --> 00:06:13,200
Ia cuma pura-pura.

36
00:06:13,720 --> 00:06:14,840
Kenapa serius?

37
00:06:23,720 --> 00:06:24,920
Ini apa?

38
00:06:25,440 --> 00:06:26,480
Ini Pengyu.

39
00:06:27,880 --> 00:06:31,640
Run Yu telah tambah Baiwei
kepada Eliksir Pemulihan 9 Putar.

40
00:06:32,120 --> 00:06:34,280
Pengyu boleh hapuskan
unsur sejuk Baiwei...

41
00:06:34,520 --> 00:06:36,200
dan sembuhkan awak.

42
00:06:37,600 --> 00:06:38,840
Makanlah.

43
00:06:40,160 --> 00:06:41,440
Saya janji...

44
00:06:42,280 --> 00:06:44,000
saya takkan kacau awak lagi.

45
00:06:46,440 --> 00:06:47,920
Awak takkan jumpa saya lagi.

46
00:06:49,920 --> 00:06:51,280
Saya takkan terima.

47
00:06:52,080 --> 00:06:54,080
Ini Pengyu yang terakhir
dalam 10,000 tahun ini.

48
00:06:54,400 --> 00:06:56,320
Satu-satunya peluang
hapuskan kesan balikan itu.

49
00:06:56,400 --> 00:06:57,720
Ini hutang saya pada awak.

50
00:06:59,200 --> 00:07:00,200
Tolonglah.

51
00:07:01,080 --> 00:07:02,520
Awak fikir dengan berbuat demikian,

52
00:07:03,720 --> 00:07:06,000
awak boleh hapuskan
rasa bersalah dalam hati awak?

53
00:07:32,440 --> 00:07:33,440
Tunggu.

54
00:07:42,920 --> 00:07:45,560
Tahukah awak betapa bencinya
saya terhadap awak?

55
00:07:48,640 --> 00:07:49,640
Saya tahu.

56
00:07:52,720 --> 00:07:53,720
Saya minta maaf.

57
00:07:54,640 --> 00:07:57,000
Saya lebih bencikan diri saya sendiri.

58
00:07:57,640 --> 00:07:59,560
Bertahun-tahun lamanya saya bersedia.

59
00:08:01,320 --> 00:08:03,400
Saya tabahkan hati untuk benci awak.

60
00:08:04,640 --> 00:08:07,520
Namun, 2 titis darah
pada Batu Penguji Cinta tadi...

61
00:08:08,120 --> 00:08:12,920
telah hancurkan semua usaha
dan cubaan saya.

62
00:08:13,600 --> 00:08:16,040
Saya bencikan diri saya sendiri...

63
00:08:17,040 --> 00:08:19,240
kerana masih tak boleh lupakan awak.

64
00:08:21,120 --> 00:08:22,120
Phoenix.

65
00:08:23,080 --> 00:08:24,720
Jangan lagi kita menafikannya.

66
00:08:24,800 --> 00:08:28,000
Kata-kata awak tadi
hanya untuk buat Sui He marah.

67
00:08:28,240 --> 00:08:30,400
Awak mahu paksa dia gunakan
api kaca, bukan?

68
00:08:30,840 --> 00:08:32,000
Malam ini,

69
00:08:34,120 --> 00:08:36,840
awak sepatutnya berkahwin
dengan lelaki lain.

70
00:08:37,360 --> 00:08:39,640
Akan tetapi awak muncul di sini...

71
00:08:40,320 --> 00:08:43,200
dan melepasi Batu Penguji Cinta
bersama saya.

72
00:08:44,800 --> 00:08:46,440
Saya betul-betul tak tahu...

73
00:08:47,160 --> 00:08:52,200
apa lagi penjelasan untuknya
kecuali suratan takdir.

74
00:08:56,200 --> 00:08:57,480
Phoenix.

75
00:08:59,000 --> 00:09:00,240
Bolehkah kita...

76
00:09:02,520 --> 00:09:04,480
kembali ke masa silam?

77
00:09:16,680 --> 00:09:18,440
Tak boleh.

78
00:09:20,920 --> 00:09:22,680
Kita tak boleh berpatah balik lagi.

79
00:09:22,960 --> 00:09:29,080
<i>Tak mahu masuk campur dalam perbalahan
tapi segalanya tak ikut kehendak hati.</i>

80
00:09:29,920 --> 00:09:36,160
<i>Bunga dalam hati layu,
masa berlalu tanpa kembali.</i>

81
00:09:36,520 --> 00:09:37,720
Mungkin...

82
00:09:39,880 --> 00:09:42,440
kita boleh mula semula.

83
00:09:49,160 --> 00:09:50,520
Mulai sekarang,

84
00:09:51,680 --> 00:09:55,080
kita suami dan isteri.

85
00:09:55,880 --> 00:09:57,800
Buat masa yang tak terkira lamanya,

86
00:09:57,920 --> 00:09:59,760
mahupun ditimpa malapetaka,

87
00:09:59,960 --> 00:10:03,880
saya akan pegang tangan awak
dan kekal bersama awak...

88
00:10:04,760 --> 00:10:06,480
sehingga kita mati bersama.

89
00:10:07,720 --> 00:10:09,640
Rupanya saya masih tak boleh...

90
00:10:11,040 --> 00:10:12,880
dan tak mahu lepaskan awak.

91
00:10:14,640 --> 00:10:16,200
Kekal di sisi saya.

92
00:10:18,760 --> 00:10:20,800
Jangan lagi tipu saya.

93
00:10:22,040 --> 00:10:23,480
Jika tidak,

94
00:10:25,720 --> 00:10:28,720
saya betul-betul akan mati
bersama awak.

95
00:10:33,680 --> 00:10:40,360
<i>Semoga kenangan hayat ini berkekalan.</i>

96
00:10:40,560 --> 00:10:47,280
<i>Berpaling sekali lagi
untuk merasai cinta ini.</i>

97
00:10:47,640 --> 00:10:54,280
<i>Sebotol arak, badan dipenuhi debu.</i>

98
00:11:18,960 --> 00:11:19,960
Ayah.

99
00:11:20,560 --> 00:11:24,920
Ayah berhasrat mahu satukan
seluruh enam alam.

100
00:11:25,120 --> 00:11:28,120
Jika tidak, ayah takkan simpan
Qiong Qi di sini.

101
00:11:31,000 --> 00:11:37,280
Biar saya selesaikan tugas
yang tertangguh ini untuk ayah.

102
00:12:44,920 --> 00:12:46,360
Mulai sekarang,

103
00:12:47,360 --> 00:12:51,400
saya satu-satunya pemerintah
6 alam dan 4 lautan.

104
00:12:51,800 --> 00:12:55,960
Kilat petir, hujan dan kabus,
keluar masuk dari Pintu Syurga.

105
00:12:56,080 --> 00:12:58,400
Apabila Maharaja Syurga murka,

106
00:12:58,960 --> 00:13:02,000
musnah segalanya di semua arah!

107
00:13:43,600 --> 00:13:45,760
Tuanku, 3 bala tentera
menanti di medan perang.

108
00:13:45,920 --> 00:13:48,680
Sila beri perintah
untuk tindakan selanjutnya.

109
00:13:49,120 --> 00:13:50,800
Selepas saya jemput balik
Maharani Syurga,

110
00:13:51,800 --> 00:13:53,400
upacara perkahwinan akan diteruskan.

111
00:13:58,200 --> 00:13:59,800
Tuanku, hati-hati.

112
00:14:22,400 --> 00:14:23,920
Kenapa saya tertidur?

113
00:14:24,360 --> 00:14:27,440
Saya patut balik ke Alam Bunga
dan lihat keadaan di sana.

114
00:14:32,240 --> 00:14:33,640
Kenapa awak berpakaian begini?

115
00:14:33,800 --> 00:14:34,800
Awak dah sedar.

116
00:14:35,080 --> 00:14:36,080
Laporan!

117
00:14:36,720 --> 00:14:38,360
Tuanku, Maharaja Syurga
dan Tentera Syurga...

118
00:14:38,440 --> 00:14:39,680
mengatur kedudukan
di sepanjang Sungai Kelalaian.

119
00:14:39,760 --> 00:14:40,840
Raja Biancheng dan Puteri Liu Ying...

120
00:14:40,920 --> 00:14:42,040
dah arahkan angkatan tentera
ke medan perang.

121
00:14:42,120 --> 00:14:43,920
Dipersilakan Tuanku
mengetuai pertempuran ini.

122
00:14:44,679 --> 00:14:46,159
Baiklah, awak boleh pergi.

123
00:14:46,240 --> 00:14:47,240
Baik.

124
00:14:49,400 --> 00:14:50,400
Phoenix.

125
00:14:50,600 --> 00:14:51,600
Run Yu...

126
00:14:51,800 --> 00:14:54,480
Saya tak tahu sebabnya.
Tolonglah percayakan saya.

127
00:14:54,560 --> 00:14:56,480
Maharaja Syurga sendiri
mengetuai tenteranya...

128
00:14:56,760 --> 00:14:59,120
untuk selamatkan Dewa Air
yang ditahan oleh Raja Setan.

129
00:14:59,720 --> 00:15:02,000
Alasan yang melebih-lebih.

130
00:15:02,280 --> 00:15:03,280
Hari ini,

131
00:15:03,800 --> 00:15:05,840
dia berazam untuk lawan
habis-habisan dengan saya.

132
00:15:06,280 --> 00:15:09,840
Saya teringin lihat
bagaimana dia hadapi saya.

133
00:15:11,800 --> 00:15:12,800
Jangan pergi.

134
00:15:13,040 --> 00:15:14,240
Phoenix.

135
00:15:17,000 --> 00:15:18,000
Phoenix.

136
00:16:15,560 --> 00:16:17,320
Kita bersabar dan tunggu dulu.

137
00:16:17,800 --> 00:16:19,640
Sebaik saya jemput balik Dewa Air,

138
00:16:20,160 --> 00:16:21,760
lancarkan serangan serta-merta.

139
00:16:21,920 --> 00:16:22,960
Baik.

140
00:16:26,880 --> 00:16:29,200
Abang Feng hapuskan
separuh kuasa saktinya semalam.

141
00:16:29,440 --> 00:16:31,240
Bala tentera pula
melancarkan serangan hari ini.

142
00:16:31,320 --> 00:16:32,680
Adakah ini rancangan dia?

143
00:16:32,960 --> 00:16:34,640
Kita akan lawan habis-habisan.

144
00:16:54,240 --> 00:17:02,200
Raja Setan!

145
00:17:02,280 --> 00:17:10,240
Raja Setan!

146
00:17:10,320 --> 00:17:16,400
Raja Setan!

147
00:17:16,520 --> 00:17:19,800
Raja Setan!

148
00:17:24,720 --> 00:17:26,840
Saya tak mahu berlawan hari ini.

149
00:17:27,240 --> 00:17:29,000
Saya cuma mahu jemput balik Dewa Air.

150
00:17:30,560 --> 00:17:33,000
Dewa Air sendiri
yang datang ke Alam Setan.

151
00:17:33,120 --> 00:17:34,280
Dia tetamu kehormat kami.

152
00:17:34,440 --> 00:17:37,440
Tiada sebarang masalah
dan kami tak menahannya di sini.

153
00:17:37,680 --> 00:17:39,780
Perlukah Maharaja Syurga
datang bersama bala tentera?

154
00:17:40,200 --> 00:17:41,940
Mereka yang tak tahu akan
perkara sebenar...

155
00:17:42,000 --> 00:17:43,840
mungkin menyangka Maharaja Syurga...

156
00:17:44,000 --> 00:17:45,520
sengaja mencetuskan peperangan.

157
00:17:45,720 --> 00:17:46,720
Mi Er.

158
00:17:46,920 --> 00:17:48,000
Mari sini.

159
00:17:50,880 --> 00:17:53,560
Maharaja Syurga, saya gembira di sini.

160
00:17:53,680 --> 00:17:54,800
Jangan risaukan saya.

161
00:17:55,440 --> 00:17:56,640
Jangan bertindak melulu lagi.

162
00:17:56,800 --> 00:17:58,600
Saya takkan balik
ke Alam Syurga dengan awak.

163
00:18:00,360 --> 00:18:02,600
Betul, saya ada berita baik.

164
00:18:02,960 --> 00:18:05,000
Tuanku tentu dah tahu mengenainya.

165
00:18:05,280 --> 00:18:08,280
Semalam, saya dan Dewa Air
baru saja berkahwin.

166
00:18:08,400 --> 00:18:10,880
Kini, dia permaisuri di Alam Setan.

167
00:18:11,080 --> 00:18:13,480
Kami pengantin baru
dan langsung tak boleh berpisah.

168
00:18:13,600 --> 00:18:15,520
Takkan dia nak tinggalkan Alam Setan?

169
00:18:17,200 --> 00:18:18,200
Karut!

170
00:18:18,760 --> 00:18:21,320
Saya dah bertunang dengan Dewa Air.

171
00:18:21,400 --> 00:18:22,960
Seluruh enam alam mengetahuinya.

172
00:18:23,240 --> 00:18:26,440
Awak diusir dari Alam Syurga
dan hanyut dalam kejahatan.

173
00:18:26,840 --> 00:18:29,120
Berani awak menahan
Maharani Syurga sebagai tebusan!

174
00:18:29,480 --> 00:18:32,120
Betulkah awak mahu disisihkan
oleh seluruh dunia?

175
00:18:32,440 --> 00:18:35,000
Saya nasihatkan awak
supaya bertaubat...

176
00:18:35,120 --> 00:18:37,040
sebelum terlambat.

177
00:18:37,520 --> 00:18:39,280
Jin Mi dan saya saling mencintai.

178
00:18:39,360 --> 00:18:40,800
dan berkahwin secara suka rela.

179
00:18:41,000 --> 00:18:42,360
Upacara perkahwinan dah selesai.

180
00:18:42,520 --> 00:18:44,200
Kami telah sembah kepada
bumi dan ibu bapa.

181
00:18:44,400 --> 00:18:46,800
Seluruh Alam Setan
dan puak burung saksi kami.

182
00:18:47,000 --> 00:18:49,840
Bagi saya, perkahwinan ini memang sah.

183
00:18:50,680 --> 00:18:52,000
Kamu semua setuju?

184
00:18:52,240 --> 00:18:54,480
-Betul!
-Betul!

185
00:18:54,600 --> 00:18:55,920
-Betul!
-Betul!

186
00:18:58,360 --> 00:19:00,120
Kenapa awak nak merangsang dia?

187
00:19:00,280 --> 00:19:02,000
Kalau saya tak serang dulu...

188
00:19:02,320 --> 00:19:03,720
dan biarkan dia kenakan saya,

189
00:19:03,960 --> 00:19:06,800
saya risau saya tiada peluang
untuk hidup semula lagi.

190
00:19:08,400 --> 00:19:11,120
Maharaja Syurga arahkan orang
untuk musnahkan Alam Bunga.

191
00:19:12,320 --> 00:19:13,920
Awak masih tak percayakan saya.

192
00:19:14,000 --> 00:19:15,520
Saya tak percayakan dia.

193
00:19:17,600 --> 00:19:20,200
Abang Feng,
sebelum bantuan kami sampai,

194
00:19:20,280 --> 00:19:21,920
Maharaja Syurga
dah menawan Alam Bunga...

195
00:19:22,000 --> 00:19:23,520
dan beri arahan untuk
musnahkan Alam Bunga.

196
00:19:23,600 --> 00:19:24,640
Sehari Jin Mi tak balik,

197
00:19:24,960 --> 00:19:26,880
seorang ketua dibunuh setiap hari.

198
00:19:27,080 --> 00:19:28,400
Kenapa awak buat begitu?

199
00:19:28,520 --> 00:19:30,560
Alam Bunga tak pernah
menyinggung awak.

200
00:19:30,880 --> 00:19:34,320
Itu cuma cara sementara waktu
supaya awak kembali.

201
00:19:34,880 --> 00:19:36,560
Kalau awak sudi mengubah fikiran,

202
00:19:37,000 --> 00:19:38,640
kita boleh berbincang.

203
00:19:44,880 --> 00:19:48,000
Bagaimana kalau saya
tak lepaskan dia selama-lamanya?

204
00:19:50,520 --> 00:19:51,640
Andainya begitu,

205
00:19:52,600 --> 00:19:54,880
saya akan bunuh semua orang hari ini.

206
00:19:55,040 --> 00:19:56,040
Jangan.

207
00:19:56,120 --> 00:19:57,700
Hari ini, Maharaja Syurga
mahu bunuh kita semua,

208
00:19:57,760 --> 00:20:00,400
mengubah Alam Bunga dan Sungai
Kelalaian kepada lautan darah.

209
00:20:00,520 --> 00:20:02,960
Maka saya akan lawan habis-habisan.

210
00:20:11,840 --> 00:20:13,120
Sedia untuk berlawan!

211
00:20:16,240 --> 00:20:21,280
Bunuh!

212
00:20:21,360 --> 00:20:26,280
Bunuh!

213
00:20:26,360 --> 00:20:30,040
Bunuh!

214
00:20:44,800 --> 00:20:46,160
Bolehkah kamu tak berlawan?

215
00:20:46,720 --> 00:20:47,720
Jin Mi.

216
00:20:48,120 --> 00:20:50,640
Hari ini tetap akan tiba.

217
00:20:51,240 --> 00:20:52,600
Lindungi Dewa Air!

218
00:20:53,200 --> 00:20:54,280
Phoenix!

219
00:22:35,960 --> 00:22:38,480
Jangan berlawan!

220
00:24:14,800 --> 00:24:16,200
Berkali-kali awak...

221
00:24:17,560 --> 00:24:19,120
cuba bunuh saya.

222
00:24:19,880 --> 00:24:21,760
Awak sanggup gunakan helah
yang paling keji.

223
00:24:22,200 --> 00:24:26,240
Hakikat saya masih hidup ini
begitu menakutkan awak?

224
00:24:26,440 --> 00:24:28,260
Awak langgar hukum alam
kerana hidup semula...

225
00:24:28,320 --> 00:24:29,680
dan hanyut dalam kejahatan.

226
00:24:30,280 --> 00:24:31,840
Sebagai Maharaja Syurga,

227
00:24:32,080 --> 00:24:36,040
saya menuruti suratan takdir
untuk hapuskan kejahatan.

228
00:24:36,720 --> 00:24:38,040
Kebetulannya...

229
00:24:39,000 --> 00:24:41,280
saya tak suka akur kepada takdir.

230
00:24:41,920 --> 00:24:43,040
Hari ini,

231
00:24:43,960 --> 00:24:46,000
saya nak lawan suratan takdir.

232
00:25:50,920 --> 00:25:53,760
Jangan berlawan!

233
00:27:13,720 --> 00:27:16,120
Berhenti! Jangan berlawan lagi!

234
00:27:53,560 --> 00:27:55,120
Phoenix!

235
00:28:10,560 --> 00:28:12,960
Phoenix. Awak tak apa-apa?

236
00:28:13,280 --> 00:28:14,360
Biar saya lihat.

237
00:28:17,600 --> 00:28:18,960
Berhenti. Jangan berlawan lagi.

238
00:28:19,040 --> 00:28:20,935
Kesan balikan bertambah teruk.
Berhentilah.

239
00:28:21,000 --> 00:28:22,040
Tolonglah, Phoenix.

240
00:28:22,240 --> 00:28:23,440
Berhenti berlawan.

241
00:28:25,440 --> 00:28:26,800
Jangan teruskan.

242
00:28:30,960 --> 00:28:32,080
Phoenix!

243
00:30:16,320 --> 00:30:18,920
Awak Maharaja Syurga
tapi terlalu inginkan kemenangan...

244
00:30:18,960 --> 00:30:23,560
sehingga langgar hukum alam
dan guna sihir terlarang.

245
00:30:24,400 --> 00:30:26,280
Memalukan betul.

246
00:30:26,400 --> 00:30:30,000
Awak cuma setan dan nak cakap
tentang kejujuran dengan saya?

247
00:30:30,880 --> 00:30:33,520
Semua bumi di bawah langit
milik maharaja.

248
00:30:33,800 --> 00:30:35,520
Seluruh enam alam milik saya.

249
00:30:35,960 --> 00:30:37,120
Untuk berlawan dengan awak,

250
00:30:37,880 --> 00:30:41,080
saya hanya balas dengan cara awak.

251
00:31:06,800 --> 00:31:08,240
Bagi orang yang sudah sampai ajal,

252
00:31:08,440 --> 00:31:13,760
tiada bezanya sama ada
Meterai Jialan dibuang atau tidak.

253
00:31:14,160 --> 00:31:16,520
Selamatkan nyawa seorang bukan ihsan.

254
00:31:17,000 --> 00:31:20,000
Selamatkan nyawa seratus orang
juga bukan ihsan.

255
00:31:20,480 --> 00:31:23,920
Menginsafkan orang yang sesat
barulah ihsan sebenar.

256
00:31:24,360 --> 00:31:25,800
Jika seekor harimau ganas cedera...

257
00:31:26,120 --> 00:31:27,960
hampir-hampir mati,

258
00:31:28,040 --> 00:31:30,440
patutkah saya selamatkannya?

259
00:31:30,880 --> 00:31:32,720
Selepas harimau sembuh
dan kembali ke hutan,

260
00:31:32,840 --> 00:31:34,960
ia memburu rusa dan membunuh arnab.

261
00:31:35,240 --> 00:31:38,120
Satu nyawa diselamatkan,
ratusan dicederakan.

262
00:31:38,560 --> 00:31:40,360
Jika awak berbuat ihsan
dengan membuta tuli,

263
00:31:40,440 --> 00:31:42,280
nyawa lain bakal menderita.

264
00:31:42,520 --> 00:31:44,080
Harimau ganas di hutan.

265
00:31:44,720 --> 00:31:45,760
Betul.

266
00:31:46,240 --> 00:31:50,760
Saya diselamatkan
dengan melanggar hukum alam.

267
00:31:50,960 --> 00:31:53,560
Saya tak boleh jadi askar
di medan perang...

268
00:31:54,120 --> 00:31:56,880
dan tak boleh jadi pemimpin
yang tahu merancang.

269
00:31:57,840 --> 00:32:01,560
Saya cuma digunakan sebagai
alasan untuk cetuskan perang.

270
00:32:02,440 --> 00:32:03,920
Karut betul.

271
00:32:45,920 --> 00:32:48,160
Jin Mi!

272
00:33:15,960 --> 00:33:16,960
Jin Mi.

273
00:33:17,520 --> 00:33:18,600
Jin Mi.

274
00:33:25,640 --> 00:33:26,640
Jin Mi.

275
00:33:27,960 --> 00:33:29,200
Jangan berlawan.

276
00:33:32,040 --> 00:33:33,800
Berlawan demi saya...

277
00:33:35,040 --> 00:33:36,600
tidak berbaloi.

278
00:33:38,960 --> 00:33:40,080
Ini cuma hal...

279
00:33:41,365 --> 00:33:46,840
antara kita bertiga sejak mula.

280
00:33:48,840 --> 00:33:50,480
Ia tak ada kaitan dengan orang lain.

281
00:33:59,840 --> 00:34:00,960
Run Yu.

282
00:34:02,920 --> 00:34:04,040
Saya minta maaf.

283
00:34:05,000 --> 00:34:06,840
Cinta awak kepada saya...

284
00:34:08,320 --> 00:34:13,960
tak mampu saya balas dalam hayat ini.

285
00:34:15,680 --> 00:34:17,080
Saya harap...

286
00:34:17,800 --> 00:34:20,680
awak boleh jadi Pari-pari Ikan
seperti dulu.

287
00:34:21,560 --> 00:34:23,720
Hapuskan rasa benci dalam hati awak.

288
00:34:24,400 --> 00:34:25,680
Janjilah dengan saya.

289
00:34:27,000 --> 00:34:28,280
Boleh?

290
00:34:29,920 --> 00:34:31,600
Saya janji.

291
00:34:37,720 --> 00:34:39,040
Phoenix.

292
00:34:40,360 --> 00:34:41,400
Saya di sini.

293
00:34:42,320 --> 00:34:43,320
Saya mahu...

294
00:34:44,400 --> 00:34:47,000
Saya mahu awak beritahu saya...

295
00:34:48,360 --> 00:34:50,280
Saya mahu awak beritahu saya yang...

296
00:34:51,280 --> 00:34:53,280
awak dah maafkan saya.

297
00:34:58,360 --> 00:35:00,440
Saya tak pernah bencikan awak.

298
00:35:02,040 --> 00:35:03,720
Sejak mula hingga sekarang,

299
00:35:03,800 --> 00:35:06,000
saya hanya bencikan saya sendiri.

300
00:35:06,400 --> 00:35:08,160
Saya sendiri.

301
00:35:11,280 --> 00:35:14,160
Akhirnya, saya dengar daripada awak.

302
00:35:17,760 --> 00:35:20,960
Kenapa tak cakap awal-awal?

303
00:35:22,600 --> 00:35:24,400
Bodoh betul.

304
00:35:28,640 --> 00:35:30,320
Sudahlah.

305
00:35:31,760 --> 00:35:33,480
Kami Pari-pari Buah...

306
00:35:34,600 --> 00:35:37,440
takkan berkira dengan burung.

307
00:35:49,200 --> 00:35:51,560
Phoenix, janji dengan saya.

308
00:35:51,920 --> 00:35:56,280
Awak akan makan ini
sebelum matahari terbenam esok.

309
00:35:58,000 --> 00:36:00,520
Awak mesti terus hidup dengan baik.

310
00:36:01,360 --> 00:36:02,480
Faham?

311
00:36:08,880 --> 00:36:10,080
Phoenix.

312
00:36:12,840 --> 00:36:14,320
Saya cinta awak.

313
00:36:20,880 --> 00:36:23,680
Alangkah baiknya kalau boleh
kembali ke masa silam.

314
00:36:24,760 --> 00:36:28,720
Dulu, saya tak kenal makna cinta.

315
00:36:29,200 --> 00:36:33,680
Namun, saya gembira kerana
di sisi awak setiap hari.

316
00:36:34,360 --> 00:36:37,760
Pada masa itu,
saya masih pembantu awak.

317
00:36:38,360 --> 00:36:41,960
Awak masih Phoenix yang angkuh...

318
00:36:42,040 --> 00:36:44,680
dan pandang rendah orang lain.

319
00:36:45,120 --> 00:36:46,840
Pari-pari Ikan pula...

320
00:36:47,320 --> 00:36:50,040
masih pemuda yang baik hati
dan sopan santun.

321
00:36:52,200 --> 00:36:53,200
Selain itu, ada...

322
00:36:53,320 --> 00:36:54,440
Pari-pari Musang...

323
00:36:55,080 --> 00:36:56,200
Pu Chi...

324
00:36:57,200 --> 00:36:58,480
ayah...

325
00:36:59,240 --> 00:37:00,600
Mak Cik Lin Xiu.

326
00:37:01,920 --> 00:37:03,480
Indah sekali.

327
00:37:04,520 --> 00:37:07,120
Malangnya,
kita tak boleh berpatah balik.

328
00:37:17,880 --> 00:37:22,560
Cinta melahirkan duka.
Cinta melahirkan ketakutan.

329
00:37:23,200 --> 00:37:25,200
Jauhi daripada cinta,

330
00:37:25,400 --> 00:37:28,520
bebas daripada duka dan ketakutan.

331
00:37:32,840 --> 00:37:35,320
Kalau hati dipenuhi cinta,

332
00:37:37,200 --> 00:37:41,320
kenapa takutkan duka dan ketakutan?

333
00:37:43,840 --> 00:37:50,960
<i>Tak mahu masuk campur dalam perbalahan
tapi segalanya tak ikut kehendak hati.</i>

334
00:37:51,040 --> 00:37:57,640
<i>Bunga dalam hati layu,
masa berlalu tanpa kembali.</i>

335
00:37:57,720 --> 00:38:04,960
<i>Kenangan datang dan pergi,
duka penuh di hati.</i>

336
00:38:05,040 --> 00:38:07,800
<i>Mengimpikan hidup tanpa kesal,</i>

337
00:38:07,920 --> 00:38:12,000
<i>bahagia diselubungi keharuman bunga.</i>

338
00:38:12,400 --> 00:38:19,160
<i>Sebotol arak, badan dipenuhi debu.</i>

339
00:38:19,480 --> 00:38:25,960
<i>Kenangan berulang,
saya hidup tanpa kesal.</i>

340
00:38:26,560 --> 00:38:33,440
<i>Sebuah kisah hidup dan mati,
kepalsuan dan perselisihan.</i>

341
00:38:33,520 --> 00:38:36,640
<i>Biar mabuk sekali lagi
ketika bunga mengembang.</i>

342
00:38:36,720 --> 00:38:37,840
Jin Mi.

343
00:38:38,560 --> 00:38:40,400
Sepanjang hayat ini,

344
00:38:41,200 --> 00:38:43,560
saya takkan datang lagi ke Alam Setan.

345
00:38:49,160 --> 00:38:51,400
Ini sempadannya!

346
00:39:08,440 --> 00:39:15,000
<i>Tak mahu masuk campur dalam perbalahan
tapi segalanya tak ikut kehendak hati.</i>

347
00:39:15,440 --> 00:39:22,280
<i>Bunga dalam hati layu,
masa berlalu tanpa kembali.</i>

348
00:39:22,440 --> 00:39:29,480
<i>Kenangan datang dan pergi,
duka penuh di hati.</i>

349
00:39:29,600 --> 00:39:32,440
<i>Mengimpikan hidup tanpa kesal,</i>

350
00:39:32,560 --> 00:39:36,280
<i>bahagia diselubungi keharuman bunga.</i>

351
00:39:36,920 --> 00:39:43,520
<i>Sebotol arak, badan dipenuhi debu.</i>

352
00:39:43,960 --> 00:39:50,480
<i>Kenangan berulang,
saya hidup tanpa kesal.</i>

353
00:39:51,000 --> 00:39:57,840
<i>Satu kenangan hidup dan mati
yang jelas di hati.</i>

354
00:39:58,040 --> 00:40:04,600
<i>Berpaling sekali lagi
untuk merasai cinta ini.</i>

355
00:40:05,120 --> 00:40:11,840
<i>Semoga kenangan hayat ini berkekalan.</i>

356
00:40:12,320 --> 00:40:18,680
<i>Biar mabuk sekali lagi
ketika bunga mengembang.</i>

357
00:40:19,280 --> 00:40:25,920
<i>Semoga kenangan hayat ini berkekalan.</i>

358
00:40:26,160 --> 00:40:32,960
<i>Berpaling sekali lagi
untuk merasai cinta ini.</i>

359
00:40:33,400 --> 00:40:39,120
<i>Sebotol arak, badan dipenuhi debu.</i>

360
00:40:40,280 --> 00:40:46,600
<i>Kenangan berulang,
saya hidup tanpa kesal.</i>

361
00:40:47,400 --> 00:40:54,000
<i>Satu kenangan hidup dan mati
yang jelas di hati.</i>

362
00:40:54,280 --> 00:41:00,960
<i>Berpaling sekali lagi
untuk merasai cinta ini.</i>
